Pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur serta mengesahkan isteirnya, Watie Hanifiah kini hamil lima bulan.
Memetik BH Online, Shuib berkata mereka memilih merahsiakan berita gembira itu kerana mahu pastikan kandungan dalam keadaan benar-benar stabil selepas dia dan isteri berdepan episod duka keguguran sebelum ini.
BACA: “Satu Puchong Boleh Dengar Thalita Jerit” – Shuib Kagum Lihat Watie Urus Anak
“Alhamdulillah, seperti yang ramai perasan, isteri saya memang sudah hamil lima bulan. Ketika dia hamil anak pertama (yang kemudian gugur), kami dapat tahu ketika berada di Madinah.
“Ketika itu saya rasa sangat sayu kerana teringat arwah isteri, Siti Sarah yang kali terakhir hamil anak bongsu kami.
“Apabila Watie hamil kali ini, perasaan itu datang semula… macam deja vu. Ada rasa sayu dan sedikit takut. Namun, kehamilan pertama itu bukan rezeki kami,” katanya.
Sementara itu, Shuib berkata untuk kehamilan kali ini perancangan bersama serta mengakui kehadiran cahaya mata ini sangat bermakna serta menjadi pelengkap ikatan rumah tangganya bersama Watie.
“Untuk yang kedua ini memang kami rancang. Alhamdulillah, lekat. Watie pun sangat teruja dan berjanji akan menjaga kandungan betul-betul kerana sebelum ini dia kuat bekerja.
“Saya sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami dikurniakan zuriat bersama. Kami memang mahu membina keluarga yang lengkap,” katanya.
Sementara itu, Watie meluahkan rasa syukur diatas rezeki zuriat dan dia kini lebih berhati-hati selepas alamii keguguran pada Mei lalu. Tambahnya, dia tidak kisah mengenai jantina anak kerana yang penting bayi dalam kandungannya dalam keadaan sihat.
“Alahan tiada, cuma sebelum ini saya kerap sakit kepala dan meminta suami tarik rambut. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini sudah berkurang.
“Untuk kandungan kali ini, saya sangat berhati-hati dan menjaganya sebaik mungkin. Saya tak kisah jantina, janji bayi sihat. Lelaki atau perempuan masih rahsia… tunggu majlis pengumuman jantina nanti,” katanya.
Sumber: BH Online





