‘Alhamdulillah saya sihat.. isteri alami bisul kronik, perlu pembedahan’ – Bekas PTD

‘Alhamdulillah saya sihat.. isteri alami bisul kronik, perlu pembedahan’ – Bekas PTD


Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat hari ini ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dua lagi pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram.

Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Hafizuddeain berkata beliau akan menjalani proses perundangan dan memerhati setiap perkembangan kesnya.

“Alhamdulillah, hari ini saya sihat untuk melalui proses ini,” katanya kepada media.

Foto: Harian Metro

Semalam, beliau berdepan empat pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kesemuanya melibatkan jumlah wang sebanyak RM2.12 juta.

Bagaimanapun, beliau menafikan semua pertuduhan yang dikemukakan di kedua-dua mahkamah terbabit.

Foto: Bernama

Sementara itu, Muhammad Hafizuddeain turut berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan isterinya, Salwani Anuar yang mengalami jangkitan bisul kronik (chronic boil) sehingga memerlukan rawatan segera.

“Sebenarnya dia mengalami jangkitan bisul kronik dan baru sahaja pecah. Sepatutnya dia perlu menjalani pembedahan, namun terpaksa melalui proses mahkamah terlebih dahulu. Kami berharap dapat merujuknya ke hospital dengan segera,” ujarnya.

Salwani, isteri ketiga Muhammad Hafizuddeain juga berdepan empat pertuduhan berkaitan penerimaan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000.

Foto: Bernama

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa Muhammad Hafizuddeain dan isterinya itu masing-masing akan didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)





Source link

OR

Scroll to Top