“Alhamdulillah, Setakat Ini Tudung Masih Atas Kepala”

“Alhamdulillah, Setakat Ini Tudung Masih Atas Kepala”


Pelakon Kilafairy menafikan dakwaan kononnya terdetik kembali tidak bertudung kerana kurang tawaran berlakon sebaliknya tercetus daripada pergolakan jiwa insan yang lemah.

Memetik HibGlam, Kilafairy berkata dia masih menerima tawaran berlakon serta mengakui ada masa wujud perasaan tersebut.

BACA: “Doakan Saya Terus Kuat” – Kilafairy Masih Bertudung

“Memang bukan sebab tiada tawaran, sejujurnya tawaran berlakon masih okey. Alhamdulillah.

“Cuma tidak dinafikan pada waktu tertentu, datang satu rasa yang entah kenapa terlintas, macam senang kalau keluar tanpa tudung. Keluar saja tanpa fikir apa-apa. Tapi rasa itu cepat-cepat  saya tahan,” katanya.

Sementara itu, Kilafairy berkata sehingga kini dia masih lagi berhijab dan beranggapan berkat doa orang ramai menjadi kekuatan untuk dia kekal istiqamah.

“Setakat ini Alhamdulillah, tudung masih di atas kepala. Doakanlah supaya berterusan sampai bila-bila. Saya percaya, saya pakai tudung pun hasil doa orang. Jadi doa itu sangat kuat kesannya.

“Ada waktu saya sendiri keliru, tapi saya masih melawan perasaan itu. Berkat doa semua, saya masih bertahan,” katanya.

Dalam pada itu, Kilafairy berkata apabila timbul perasaan tersebut dia akan menjcari kekuatan dengan merujuk golongan berilmu.

“Apabila rasa itu datang, saya terus hubungi ustazah. Ustazah cakap, ‘di sinilah pahala awak’. Katanya, usaha menahan diri daripada membuka tudung itu sendiri satu ganjaran.

“Tapi sebenarnya ramai juga mesej saya dan cakap, ‘ya Allah, saya ingat saya seorang saja rasa macam ni’. Saya suka bila mereka tahu mereka tak keseorangan. Saya rasa hampir setiap wanita pernah lalui fasa begitu,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top