Ali XPDC, isteri dalam pemantauan doktor

Ali XPDC, isteri dalam pemantauan doktor



norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan Ali XPDC, 57, dan isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, dimaklumkan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.

Anak sulung pasangan ini, Wan Aliuddin Aqiel Mohd Ali atau Aqiel, 29, berkata ibu bapanya menunjukkan perubahan positif namun mohon didoakan agar dipermudahkan segala urusan.

“Kalau keadaan ummi, Alhamdulillah dah nampak segar dan dia pun sudah mula bercakap sedikit sedikit.

“Begitu juga keadaan baba, Alhamdulillah paru-paru berair dah surut. Tapi, doktor masih fokuskan makan antibiotik.

“Doakan semoga ummi dan baba dipermudahkan urusan hospital mereka untuk yang akan datang,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp.

Baru-baru ini dimaklumkan jantung Ali mengalami bengkak akibat paru-paru berair, manakala isterinya, Sharifah Azuwanna dikesan menghidap kanser payudara.

Malah, Sharifah Azuwanna juga dijangka akan mula menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser payudara dihidapinya pada Rabu depan.

Sejak 24 Mac lalu, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah, manakala isterinya dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, mereka yang berhasrat memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Wan Aliuddin Aqiel Mohd Ali (162385058600).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top