Pelakon Alif Satar memuji Hun Haqeem yang turut menyertai konvoi ‘Ride Subuh Macam Jumaat’ yang dianjurkannya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alif memuat naik momen mereka ketika menyertai aktiviti tersebut serta memuji aktor berkenaan yang meluangkan masa meskipun sibuk dengan jadual seni.
BACA: Alif Satar Syukur Diberi Rezeki Solat Jemaah ‘View’ Indah Di New Zealand
“Ride Subuh baru-baru ni, ternampak beberapa muka ‘familiar’. Terima kasih sebab sudi luangkan masa dan jadi sebahagian daripada jelajah ini, Hun Haqeem,” tulisnya.
Sementara itu, Alif menyifatkan Hun sebagai contoh terbaik buat generasi muda masa kini.
“Macam ni la baru idola Gen Z,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Hun turut meninggalkan komen mengatakan Alif merupakan individu yang banyak memberi inspirasi kepada orang ramai.
“Says the man who inspires.. to the next one!” tulis Hun Haqeem.






