Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz berkata dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian serta menerima undangan persembahan meskipun jarang muncul di televisyen.
Memetik mStar Online, Aliff berkata dia meluahkan rasa syukur masih ada tawaran menyanyi dan akan ke Malaysia jika ada undangan persembahan.
BACA: Aliff Aziz Doakan Kebahagiaan Bella Astillah & Syed Saddiq
“Saya masih ulang alik antara Malaysia dan Singapura. Tawaran nyanyian pun masih ada sama ada untuk majlis korporat atau perkahwinan. Kira masih aktif dan sentiasa ada, Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia tidak menghilangkan diri sebaliknya dia percaya kepada rezeki yang telah ditentukan.
“Saya tak rasa menghilang…cuma lebih percaya kepada rezeki yang telah disusun,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak mahu kisah lalu terus membayangi dirinya dan mahu fokus melangkah terus ke hadapan.
“Setiap hari saya cuba mulakan dengan satu langkah baru. Sekarang saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan muhasabah diri juga. Bagis aya tak perlu cerita panjang tentang apa yang dah berlaku.
“Sekarang fokus saya hanya ke depan. Kita pun dah nak masuk tahun 2026, InsyaAllah ta lama lagi dan saya memang nak fokus pada langkah seterusnya,” katanya.
Sumber: mStar Online






