Aliff Syukri Hadiahkan Ammar Jam Rolex Bertatahkan Berlian

Aliff Syukri Hadiahkan Ammar Jam Rolex Bertatahkan Berlian


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan jam tangan Rolex pertama buat anak sulungnya, Ammar Ahyan ketika mereka sedang bercuti di luar negara.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff berkata mereka sudah mencari jam tangan mewah bertatahkan berlian di beberapa butik di London.

BACA: Ammar Ahyan Beli Char Kway Teow Dapat Gaji Pertama

“Rolex pertama Ammar bertatahkan berlian… Papa dah ronda London dan lebih tiga hingga empat kedai semua tak ada stok. Kedai ni sahaja ada stok,” tulisnya.

Sementara itu, Aliff turut berharap agar anaknya akan mengingati usaha serta pengorbanannya apabila dewasa kelak.

“Semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti. Ramai orang ingat bila papa belikan jam ni membazir hakikatnya jam ni naik value,” tulisnya.

Difahamkan, jam tangan mewah tersebut dianggarkan berharga RM250,000. Katanya lagi, selepas ini anaknya yang ketiga pula akan menerima hadiah jam tangan.

“Ini anggaran dalam RM250,000, Ammayan punya jam yang abah hadiahkan, nak tengok dia gembira ke tidak. Yang penting Ammayan dah ada, Ammayan kena rajin lagi tau, lepas ni Baim pula,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top