Aliff Syukri Idam Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza

Aliff Syukri Idam Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia berhasrat untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Memetik Astro Gempak, Aliff berkata dia pernah membuat permintaan berduet dengan penyanyi Ziana Zain namun belum menerima maklum balas.

BACA: Shahida Dedah Aliff Syukri Tegas, Larang Lelaki Luar Pegang, Sentuh Anak Perempuan 

Menurut Aliff lagi, dia mahu menghubungi Siti namun segan serta menghormati jadual padat penyanyi yang baru saja selesai konsert.

“Saya sebenarnya ada buat permintaan nak minta berduet dengan Ziana Zain tapi Ziana belum memberikan respon lagi, saya dah tunggu lama.

“Pengurus saya dah approach Ziana dalam bulan lepas, tapi masih menunggu keputusan dia. Nak minta kat Siti Nurhaliza tapi macam takut tak layan jadi kita senyap sahajalah.

“Menghormati dia sebab konsert dia banyak sangat kan. Sekarang pun difahamkan Datuk Siti tengah sibuk di Dubai, berehat di sana,” katanya.

Sementara itu, Aliff menganggap impian tersebut adalah satu angan-angan serta berseloroh dapat menyanyi di bahagian hujung lagu bersama penyanyi itu pun tidak mengapa.

“Kepada Siti Nurhaliza, saya bermimpi sahajalah kan angan-angan tak pernah salah kan. Tapi lagu saya semua trending.

“Siti Nurhaliza, saya teringin sangat nak buat lagu dengan awak. Awak sudilah buat lagu dengan saya, buat lagu raya sedikit sahaja pun jadilah.

“Kalau tidak boleh bahagian penuh, dapat yang hujung pun tidak mengapa. Bolehlah, sedikit sahaja saya mahu berduet. Bagilah impian saya tertunai sebelum saya mati,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top