Aliff Syukri kongsi rezeki, taja pekerja tunai umrah -“Mereka banyak bantu perniagaan kami”

Aliff Syukri kongsi rezeki, taja pekerja tunai umrah -“Mereka banyak bantu perniagaan kami”


Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila menaja pakej umrah kepada pekerja serta ahli keluarga sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesetiaan mereka bersama membangunkan empayar perniagaannya.

Menurut Aliff Syukri, hasrat untuk membawa pekerja ke Tanah Suci sudah lama dipendam dan akhirnya dapat direalisasikan sebagai ganjaran atas pengorbanan mereka selama ini.

“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya adalah impian kami. Bila dapat menggembirakan pekerja dan rakan niaga, saya rasa itu satu kepuasan.
“Ini adalah cara kami berkongsi rezeki dengan mereka yang banyak membantu perjalanan perniagaan kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan jemaah umrah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui sudah lama mempercayai khidmat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi menguruskan perjalanan umrah keluarganya.

Katanya, pengalaman kurang memuaskan sebelum ini dengan agensi lain membuatkan beliau lebih selesa kekal menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan.

“Kami pernah pergi dengan agensi lain tetapi agak mengecewakan. Sebab itu kami memilih Andalusia kerana sudah lama bersama mereka.
“Saya sendiri sudah lebih lima atau enam kali menggunakan khidmat mereka, manakala keluarga saya pula sudah lebih 15 tahun bersama Andalusia,” katanya.

Menurutnya lagi, faktor kepercayaan dan kualiti perkhidmatan menjadi keutamaan berbanding harga yang ditawarkan.

“Kami nak agensi yang boleh dipercayai. Apa yang kita bayar mestilah setimpal dengan perkhidmatan yang kita terima.
“Alhamdulillah, sepanjang menggunakan khidmat Andalusia semuanya dipermudahkan dan kami tidak perlu risau mengenai urusan perjalanan,” ujarnya.

Artikel lain: Aliff Syukri terima pujian, bawa 60 orang staf tunai umrah – “Seronok bos macam ni”

Terdahulu, seramai 91 jemaah berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia, termasuk 47 individu terdiri daripada pekerja serta ahli keluarga Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid.





Source link

OR

Scroll to Top