Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik video seolah memberi gambaran bakal mengeluarkan single raya terbaru tidak lama lagi.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff turut bertanyakan ada yang mahu memanggilnya untuk membuat persembahan dengan harga RM35,000 dan diberi sedikit diskaun.
BACA: “Kau Dah Ada Susu Dua” – Aliff Syukri Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’
Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang memberikan reaksi mereka termasuk penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tersentuh dengan persembahan Aliff.
Lebih menghiburkan, isteri kepada pelawak Johan iaitu Ozlynn turut meninggalkan komen serta mengatakan Aliff mempunyai keberanian sehingga Biduanita Negara turut memberiAliff Syukri Kongsi Teaser Lagu Raya, Siti Nurhaliza Komen “Hati Saya Sangat Tersentuh” kan komen.







