Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Eemas, Risau Orang Kampung Mengata

Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Eemas, Risau Orang Kampung Mengata


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dirinya seorang penggemar serta mempunyai minat mendalam terhadap emas.

Memetik mStar Online, Aliff berkata dia mempunyai hobi mengumpul emas sejak zaman remaja lagi dan pernah membuat pembelian emas mencecah ratusan ribu ringgi dalam satu masa.

BACA: Gagal Promosi Restoran, Aliff Syukri Diperintah Bayar RM10,000

“Saya memang penggemar tegar emas dan pernah beli sampai RM100,000 pada satu waktu. Saya suka jenis emas gajah kerana tak mudah bengkok, tak mudah rosak dan paling penting, senang nak jual balik,” katanya.

Sementara itu, Aliff mengakui ada rasa segan apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida jarang memakai barang kemas walaupun dia mampu menyediakannya.

Malah, persepsi masyarakat terutama di kampung membuatkan dia lebih berhati-hati memandangkan penampilan isteri sering dikaitkan dengan kemampuan suami.

“Isteri saya ini pemalas pakai emas. Kadang-kadang sebagai suami saya malu dan rasa aib sebab nanti orang kampung akan mengata.

“Pada saya, suami yang hebat adalah mereka yang tidak biarkan isteri nampak ‘kosong’. Untuk jadi suami yang dikagumi, jangan bagi malu… beri isteri pakai barang kemas. Hebatnya suami apabila isteri disaluti barang kemas,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff melihat ramai individu yang lebih mengejar barangan mewah berjenama berbanding aset sebenar seperti emas. Katanya lagi, nilai emas lebih stabil dan mudah dicairkan.

“Ramai orang berkira nak beli emas sebab nak kejar diamond, nak kejar white gold. Tapi sebenarnya, beli emas kuning dulu sebab emas adalah aset. Tak rugi.

“Beg tangan atau barangan berjenama, beli hari ini, esok dah jatuh nilai 40 peratus. Tapi emas, beli hari ini, tahun depan boleh naik,” katanya.

Sumber: mStar Oline






Source link

OR

Scroll to Top