ARNE Slot memuji Alisson sebagai penjaga gol terbaik di dunia selepas pemain nombor satu Liverpool itu menampilkan persembahan hebat untuk menggagalkan percubaan jentera serangan Paris Saint-Germain (PSG) semasa aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes.
Pengendali Liverpool itu juga mengakui bahawa The Reds amat bernasib baik untuk keluar dari Parc des Princes, dengan keputusan seri.
Namun pada masa sama bekas pengendali Feyenoord Rotterdam itu tanpa berselindung mengakui memiliki khidmat penjaga terbaik dunia ketika ini membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris tersebut kemenangan yang tidak dijangka di laman Les Bleus.
“Saya mempunyai beberapa pemain yang sangat bagus sepanjang menjadi pengendali tetapi tidak pernah penjaga gol terbaik di dunia sehinggalah sekarang.
“Dia menunjukkan bahawa dia adalah yang terbaik di dunia hari ini. Untuk pergi dengan kemenangan di sini mungkin sedikit lebih daripada yang sepatutnya kami perolehi, ” katanya.
Alisson sebelum itu menyifatkan persembahannya merupakan yang terbaik dalam kariernya setelah melakukan sembilan penyelamatan menentang pasukan dominan Luis Enrique, selain memainkan sebahagian menjana kemenangan hasil jaringan Harvey Elliott.
Sementara itu, bekas penjaga gol Manchester United dan Denmark,
Peter Schmeichel, yang bertugas mengulas di Paris, berkata: “Saya rasa ini adalah salah satu persembahan penjaga gol terbaik yang pernah saya lihat dalam hidup.”
Dalam pada itu, Alisson mengakui: “Ia mungkin persembahan terbaik dalam hidup saya. Pengurus memberitahu kami betapa sukarnya untuk bermain menentang PSG, betapa bagusnya mereka dengan bola dan bahawa kami perlu bersedia untuk menderita. Kami tahu apa yang akan dihadapi di Paris.
“Kami bekerja keras dan memberikan begitu banyak peluang, kadangkala satu lawan satu tetapi semua usaha yang dilakukan oleh pasukan menjadikan kerja saya lebih mudah. Kemudian pada akhirnya Harvey masuk dan menjaringkan gol, ia adalah cerita yang hebat untuk kami..”
Mengenai perlawanan itu, Slot mengakui Liverpool cukup bernasib baik dalam perlawanan tersebut.
“Mereka adalah pasukan yang jauh lebih baik, terutamanya pada separuh masa pertama apabila mempunyai banyak peluang terbuka.
“Pada separuh masa kedua mereka masih pasukan yang lebih baik, masih mempunyai banyak percubaan ke sasaran, tetapi terutamanya dari luar kotak. Saya melihat betapa kualiti pasukan ini dan pemain individu ini ada.
“Jadi semua percubaan ini dari luar kotak, dengan kelajuan tertentu, yang anda hanya lihat dengan pemain terbaik. Itulah sebabnya Alisson masih perlu melakukan banyak penyelamatan. Kami bernasib baik dengan separuh masa pertama, kerana gol Khvicha Kvaratskhelia berada dalam keadaan ofsaid.”