All Blacks buktikan mereka lebih hebat

All Blacks buktikan mereka lebih hebat


Auckland: Beauden Barrett masuk dari bangku simpanan untuk memberi inspirasi atas kemenangan New Zealand ketika All Blacks bangkit dari ketinggalan pada separuh masa kedua untuk mengalahkan England 24-17 dan memenangi siri menerusi 2-0 di Auckland.

Pemain sayap Mark Tele’a melakukan dua percubaan, satu separuh masa, dan Damian McKenzie menyumbat empat penalti ketika All Blacks berjaya bertahan untuk minggu kedua berturut-turut sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah selama 30 tahun di Eden Park.

Seperti dalam kemenangan pertama pada perlawanan percubaan menerusi 16-15 di Dunedin, New Zealand berjaya kembali berada di depan pada separuh masa pertama dari pasukan muda England yang ditunjangi Steve Borthwick.

“Sangat bangga dengan barisan pemain untuk bertahan dan menang dalam aksi yang cukup mencabar.

“Perlawanan ujian mencabar kemampuan pemain dan kami terpaksa berhempas pulas sehingga tamat perlawanan,” kata kapten New Zealand, Scott Barrett.

Borthwick dari England turut mendapat pujian dan perhatian apabila berjaya menekan dan mencabar All Blacks hingga tamat perlawanan.

“Usaha yang sangat hebat dan sepatutnya bangga. Pasukan sedang meningkat dan kami masih ada kerja yang perlu dilakukan namun perlu melangkah ke hadapan,” kata Borthwick.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top