“Allah Belum Bagi Rezeki Aisya Dapat Adik, 2027 Insya-Allah Ya Sayang” – Fasha Sandha

“Allah Belum Bagi Rezeki Aisya Dapat Adik, 2027 Insya-Allah Ya Sayang” – Fasha Sandha


Pelakon, Fasha Sandha mencuri tumpuan apabila memuat naik luahan hatinya mengenai zuriat.

Menerusi platform Threads, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, seakan memujuk hatinya masih belum dikurniakan seorang adik buat anak perempuannya, Aisha Amaira.

Bagaimanapun, Fasha tidak putus semangat sebaliknya memberi bayangan mahu berusaha mendapatkan cahaya mata lagi pada tahun hadapan.

“Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik baby.

“Tak ada rezeki lagi. Tak apa, sabar ya sayang 2027 Insya-Allah,” katanya.

Aktres drama rantaian Doa Yang Terlindung ini dipercayai mahu memberi tumpuan utama kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Kita cuti 2026 ni, ibu ayah pulun kerja dahulu ya sayang. Aisha gomol adik-adik sepupu dulu ya sayang,” katanya.

Sekadar info, Fasha mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan pertama bersama Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal Ramlu, dan Putri Rasyha Jemyma,

Melalui perkahwinan terkini bersama aktor Aidil Aziz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.



Source link

OR

Scroll to Top