Kemelut rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila semalam berlangsungnya prosiding perceraian pasangan itu.
Meskipun Uqasha nekad untuk teruskan perceraian, Kamal bagaimanapun tidak mahu berpisah dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
BACA: “Untuk Perempuan Di Luar Sana Seperti Mana Saya Kena, Tolonglah Bangkit”

Sementara itu, ada rakan artis yang memberikan sokongan buat Kamal antaranya pelakon Ellie Suriaty yang menyifatkan Kamal seorang lelaki yang baik.
Dalam pada itu, pelakon Datuk Fizz Fairuz juga turut memberikan kata-kata semangat bahawa dia akan berada di belakang Kamal sekiranya diperlukan.
Terdahulu, Uqasha dia bertemu keluarga Kamal terlebih dahulu susulan permasalahan berlaku bagi menjaga maruah kedua belah pihak serta tidak mahu kemudaratan berlaku pada dirinya dan anak mereka, Hawra Uqaira.
Sumber: mStar Online






