Penyanyi, Syasya Rizal memaklumkan beliau telah selamat melahirkan anak keduanya pada Isnin.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Syasya menerusi satu hantaran di Instagram, sekali gus mengumumkan pertambahan ahli baharu dalam keluarga kecilnya.
Syasya Rizal & suami timang anak kedua
“Bismillahi, MasyaAllah TabarakAllah, Alhamdulillah. 1/12/2025 lahirlah seorang lagi cahaya dalam hidup Mama dan Bapak.
“Our little princess. Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang, dan bimbing.
“Selamat datang ke dunia, sayang kecil Mama,” katanya.



Artikel lain: Dituduh hamil sebelum kahwin, Syasya Rizal ajak netizen jumpa di Padang Mahsyar
Meninjau di ruangan komen mendapati rakan artis dan warganet turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.

Pasangan berkenaan sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, yang dilahirkan pada 23 Disember 2024.
Sumber: IG Syasya Rizal






