“Allah Titipkan Satu Lagi Amanah Untuk Kami Jaga, Sayang & Bimbing” – Syasya Rizal Selamat Timang Anak Kedua 

“Allah Titipkan Satu Lagi Amanah Untuk Kami Jaga, Sayang & Bimbing” – Syasya Rizal Selamat Timang Anak Kedua 


Penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat melahirkan anak keduanya pada Isnin.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Syasya atau nama lengkapnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal menerusi hantaran di sosial media miliknya.

“Bismillahi, masya-Allah tabarakAllah, Alhamdulillah. 1/12/2025 lahirlah seorang lagi cahaya dalam hidup mama dan bapak, our little princess.

“Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang, dan bimbing. Selamat datang ke dunia, sayang kecil mama,” katanya.

Malah, Syasya juga sempat berkongsi video suaminya mendukung anak perempuannya itu.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut telahpun dipadam beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah di atas kelahiran anak keduanya itu.

Sekdar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.



Source link

OR

Scroll to Top