Allahyarhamah Siti Khadijah dinaikkan ke pangkat Lans Koperal secara anumerta

Allahyarhamah Siti Khadijah dinaikkan ke pangkat Lans Koperal secara anumerta

Allahyarhamah Siti Khadijah dinaikkan ke pangkat Lans Koperal  secara anumerta


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang meninggal dunia akibat letupan dalam insiden ketika Latihan Membaling Grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, pada 16 Jun lalu dinaikkan ke pangkat Lans Koperal secara anumerta (posthumous).

Cawangan Komunikasi Strategik (G2) Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menyerahkan Sijil Kelulusan Kenaikan Pangkat kepada ibu Allahyarhamah, Zaleha Said ketika mengadakan lawatan kebajikan kepada keluarga Allahyarhamah di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor pada hari ini.

Menurutnya, PTD turut menyampaikan sumbangan peribadi dan lain-lain sumbangan daripada Yayasan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), kotak rezeki daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Insurans Kelompok Koperasi Tentera kepada bapanya, Sungip Jais.

“Ibunya, turut menerima pencen terbitan, pencen orang tanggungan dan Ex-Gratia orang tanggungan (ibu) sebanyak RM1,682.60 setiap bulan.

“Tentera Darat sentiasa memastikan kebajikan warga dan keluarga sentiasa terpelihara dengan menentukan waris menerima hak dan kelayakan mengikut peraturan yang terdapat dalam perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top