London: Bekas bintang England dan Tottenham Hotspur, Dele Alli dilaporkan sudah berpisah dengan teman wanitanya, Cindy Kimberly selepas tiga tahun bersama.
Menurut laporan Glam Set & Match, pemain tengah kelab Serie A, Como itu kini dilihat berpesta di Ibiza bersama seorang model dari Amsterdam, Parmida Shahbazy.
Alli, 29, dan Cindy, 26, yang juga pernah menjadi penghias muka depan majalah Sports Illustrated, mula mengumumkan hubungan mereka pada Jun 2022 dan sering berkongsi saat mesra di Itali, dengan Cindy dilihat menjiwai gaya hidup glamor sebagai ‘WAG’.
Bagaimanapun, petanda keretakan hubungan itu mula jelas apabila Cindy memadam semua gambar bersama Alli di Instagram.
Malah, adik perempuan Alli, Molly kini dilaporkan saling mengikuti akaun media sosial dengan Parmida, sekali gus menguatkan spekulasi hubungan baharu itu.
Sebelum ini, pasangan Alli dan Cindy pernah dikhabarkan berpisah namun berjaya menyelamatkan hubungan mereka.
Tetapi kali ini, ia mungkin benar-benar berakhir.
Alli dijangka akan memberi fokus kepada kecergasannya sepanjang musim panas ini, dalam usaha menghidupkan semula kariernya bersama Como selepas bergelut dengan kecederaan dan prestasi merudum dalam beberapa musim kebelakangan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd