Santa Clara: Qatar membuat keputusan mengejutkan apabila tidak menurunkan penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Almoez Ali, dalam kesebelasan utama aksi pembukaan Kumpulan B menentang Switzerland di Piala Dunia 2026, awal pagi ini.
Pengendali Qatar, Julen Lopetegui, memilih untuk merombak empat pemain berbanding skuad yang layak ke kejohanan itu dengan Almoez hanya diletakkan di bangku simpanan.
Sebaliknya, tonggak serangan Qatar kini digalas oleh Akram Afif yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Asia sebanyak dua kali.
Switzerland pula mengekalkan hampir keseluruhan skuad utama mereka dengan kapten Granit Xhaka dan Ricardo Rodriguez mencatat penampilan ke-13 di pentas Piala Dunia bagi negara itu.
Pasukan dari Eropah itu turut mengekalkan benteng pertahanan yang konsisten sepanjang kempen kelayakan apabila hanya bolos dua gol dalam enam perlawanan.
Denis Zakaria kembali memperkuatkan bahagian tengah Switzerland, manakala Silvan Widmer tidak disenaraikan dalam perlawanan ini.
Qatar dilihat lebih berhati-hati dalam perancangan taktikal mereka dengan harapan mampu memberi saingan kepada lawan yang lebih berpengalaman di pentas dunia.
Switzerland pula kekal dengan struktur permainan stabil dan hanya melakukan sedikit perubahan termasuk meletakkan pemain muda Johan Manzambi di bangku simpanan.
Barisan pemain
Qatar: Mahmoud Abunada, Pedro Miguel, Issa Laye, Jassem Gaber, Edmilson Junior, Akram Afif, Ayoub Alawi, Homam Ahmed, Yusuf Abdurisag, Boualem Khoukhi, Assim Madibo
Switzerland: Gregor Kobel, Nico Elvedi, Manuel Akanji, Denis Zakaria, Breel Embolo, Remo Freuler, Granit Xhaka, Dan Ndoye, Ricardo Rodriguez, Ruben Vargas, Michel Aebischer
© New Straits Times Press (M) Bhd






