Along Cham direman lima hari, bantu siasatan miliki ganja

Along Cham direman lima hari, bantu siasatan miliki ganja


SEPANG: Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana memiliki ganja.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok Banting pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, selebriti berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya petang semalam bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Norhizam dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).

“Siasatan awal juga mendapati, suspek tidak mempunyai sabitan rekod lampau,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top