Along Eyzendy Kini Ditidurkan Di ICU

Along Eyzendy Kini Ditidurkan Di ICU


Pelakon Along Eyzendy terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon Zalif Sidek menerusi Instagram miliknya meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Along.

BACA: Isteri Along Eyzendy Sanggup Dermakan Buah Pinggang Buat Suami

“Minta doakan kesihatan sahabat kita, Along Eyzendy, baru dapat update dari isteri Along.

“Along telah ditidurkan buat masa sekarang ini dan berada di ICU Hospital Serdang. Kita doakan agar Along kuat untuk bangun,” katanya.

Sementara itu, Zalif turut mendoakan agar isteri Along agar terus kuat menghadapi ujian tersebut.

Memetik Harian Metro, Along mula dimasukkan wad pada Jumaat lalu akibat demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Menurut isterinya, hasil pemeriksaan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak dan takungan nanah pada pundi hempedu suaminya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top