Along Eyzendy Kritikal, Isteri Maklum Mesin Bantuan Hayat Dijangka Dicabut Dalam Masa Terdekat

Along Eyzendy Kritikal, Isteri Maklum Mesin Bantuan Hayat Dijangka Dicabut Dalam Masa Terdekat


Pelakon, Along Eyzendy kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami pendarahan dalam perut sehingga terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, semalam.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan menerusi hantaran Melodi TV3 di Instagram yang menyatakan Along atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, kini bergantung kepada mesin bantuan hayat.

Lebih menyayat hati, isterinya, Hamidah Mohd Yatim memaklumkan mesin bantuan hayat suaminya dijangka akan dicabut dalam masa terdekat.

Menurut laporan Harian Metro, Along sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas mengalami demam serta batuk berpanjangan.

Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Hamidah turut menjelaskan keputusan imbasan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak serta takungan nanah pada pundi hempedu suaminya, sekali gus menjadi punca kepada komplikasi yang dialami.

Keadaan kesihatan pelakon itu kini menjadi perhatian ramai dengan peminat serta rakan industri terus menitipkan doa buatnya.

Sumber: Harian Metro, Melodi TV3





Source link

OR

Scroll to Top