Amal doa perlindungan sebelum keluar rumah

Amal doa perlindungan sebelum keluar rumah


Foto hiasan.
– Advertisement –

KEBELAKANGAN ini, kita sering melihat kes orang hilang yang dilaporkan di media sosial.

– Advertisement –

Namun, ramai tidak sedar bahawa jumlah kes yang sebenar jauh lebih tinggi dari apa yang kita nampak.

Menurut statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat sekitar 900 kes orang hilang yang dilaporkan setiap tahun.

Dalam tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021, hampir 10,000 kes telah dilaporkan.

Angka ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan, menunjukkan bahawa masalah ini lebih serius daripada yang disangka.

Seorang penceramah, Ustazah Asmak Husin turut berkongsi pandangannya, mengingatkan bahawa kes yang dilaporkan di media sosial hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah sebenar.

Beliau juga mendoakan agar semua keluarga yang terlibat diberikan kekuatan oleh Allah SWT dan mangsa yang hilang dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

Dalam keadaan yang semakin mencabar ini, penting bagi setiap individu untuk mengamalkan doa perlindungan sebelum keluar rumah.

 Ustazah Asmak mengesyorkan doa berikut:

أَعُوذُ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، بِسْمِ اللّٰهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada-Nya.”

Doa ini penting sebagai langkah perlindungan, kerana walaupun kita merancang dengan baik, takdir tetap dalam rahsia Allah.

Oleh itu, amalkanlah doa ini setiap kali sebelum keluar rumah.

Sebagai langkah berjaga-jaga, keluarga harus sentiasa peka dengan keberadaan ahli keluarga mereka.

Semoga Allah melindungi anak-anak kita daripada segala bahaya dan musibah. Amin. – HARAKAHDAILY 16/8/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top