“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian

“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian


Pelakon, Nadia Brian tidak menafikan jadual hidupnya sentiasa padat dari pagi hingga malam, namun itu bukan alasan untuk tidak menjalani kehidupan dengan teratur.

Ketika ditemui media, Nadia atau nama lengkapnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34 berkata sejak zaman sekolah lagi dia sudah membiasakan diri dengan jadual harian supaya setiap langkah dalam hidupnya mempunyai hala tuju jelas.

“Memang saya ada jadual dari pagi sampai malam. Dari sekolah lagi saya dah biasakan diri.

“Bagi saya, bila ada jadual, kita ada arah. Kalau apa yang dirancang tak menjadi pun, itu belakang cerita. Yang penting, kita buat dengan hati,” katanya.

Walaupun sering dilihat sibuk dengan kerjaya, Nadia menegaskan dia tetap ada ruang untuk keluarga dan diri sendiri.

“Orang nampak macam saya menyibukkan diri, tapi sebenarnya tak. Saya tetap ada masa untuk keluarga dan masa untuk diri saya,” ujarnya.

Menyentuh soal ‘mental recharge’, Nadia mengakui amalan solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya.

“Solat nombor satu. Bila solat, kita recharge semuanya. Saya selalu anggap solat itu macam kita tengah dating dengan Allah. Lima kali sehari, itu yang buat saya rasa connected dan tenang.

“Kadang rasa tertekan, ambil wuduk pun dah lega. Stress tu normal, tapi jangan sampai bawa diri ke depresi,” jelasnya.

Nadia berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama selebriti dan tenaga pelajar TV Tuisyen yang berlangsung di Balai Berita, pada Isnin.

Nadia turut bersyukur mempunyai rakan-rakan rapat sejak sekolah dan universiti yang kekal menjadi sistem sokongan kuat sampai sekarang.

“Mereka ni support system saya. Dari dulu sampai sekarang tak pernah tinggal. Saya sangat bersyukur ada mereka,” katanya.

Mengakui pernah melalui fasa paling rendah dalam hidupnya, Nadia berkata setiap manusia tidak lari daripada dugaan.

“Dulu saya pun pernah ada titik terendah, melalui fasa perceraian itu tak mudah juga.

“Hidup ni ada ombak, ada duri. Tapi saya tak duduk lama dalam fasa tu. Saya belajar merendah diri, percaya, dan tak salahkan orang lain. Apa pun saya akan tengok diri sendiri dulu

“Titik rendah itu ada… tapi bila mengadu kepada Maha Pencipta, hati jadi lebih tenang,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top