Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila tiada lagi gambar bersama kekasihnya, Jefri Nichol di Instagram pempengaruh media sosial, Ameera Khan.
Bukan itu saja, di Instagram Jefri juga tiada lagi gambar bersama Ameera dan kedua-duanya saling tidak lagi mengikuti antara satu sama lain sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungan mereka.
BACA:

Sementara itu, di ruangan komen Instagram Ameera, rata-rata netizen bertanyakan mengenai hubunganya dengan Jefri apatah lagi mereka mahu melihat keduanya ke jenjang pelamin.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Ameera layak untuk mendapat yang lebih baik serta mendoakan pempengaruh itu dilindungi Allah.
Terdahulu, Jefri berkata meskipun menjalin hubungan jarak jauh namun mereka sering berhubung menerusi panggilan telefon dan seandainya panggilan terputus, mereka akan telefon semula.






