America de Cali hubungi FAM, pantau kes penggantungan Holgado

America de Cali hubungi FAM, pantau kes penggantungan Holgado


JABATAN Perundangan America de Cali akan sentiasa berhubung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengikuti rapat perkembangan kes penggantungan pemain mereka, Rodrigo Holgado.

Kelab Colombia itu dalam satu kenyataan mengesahkan Holgado yang juga pemain warisan Harimau Malaya digantung selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) daripada menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

“America de Cali telah dimaklumkan mengenai keputusan FIFA terhadap Rodrigo Holgado. Hukuman penggantungan ini berkuat kuasa serta-merta.

“Dalam masa sama, FAM bersama Holgado akan mengemukakan rayuan mengikut peruntukan Kod Tatatertib FIFA bagi membolehkan keputusan itu disemak semula,” kata kenyataan itu.

Pada Jumaat, FAM menerima tamparan hebat selepas didenda oleh FIFA selain tujuh pemain Harimau Malaya digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Ia selepas siasatan FIFA mendapati FAM dan tujuh pemain warisan negara didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan isu pemalsuan dokumen.

Selain Holgado, pemain layin yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Ringkasan AI

  • JABATAN Perundangan America de Cali akan sentiasa berhubung dengan FAM untuk mengikuti rapat perkembangan kes Rodrigo Holgado
  • Kelab Colombia itu mengesahkan Holgado digantung selama 12 bulan oleh FIFA dari menyertai aktiviti bola sepak
  • Hukuman penggantungan Rodrigo Holgado oleh FIFA berkuat kuasa serta-merta
  • FAM bersama Holgado akan mengemukakan rayuan mengikut Kod Tatatertib FIFA
  • FAM didenda dan tujuh pemain Harimau Malaya termasuk Holgado digantung kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan isu pemalsuan dokumen



Source link

OR

Scroll to Top