Amir Ahnaf Dah Buang 12 Ekor Saka, Berubat Sampai Ke Sabah

Amir Ahnaf Dah Buang 12 Ekor Saka, Berubat Sampai Ke Sabah


Pelakon Amir Ahnaf berkata dia sudah pilih daripada gangguan saka selepas mendapatkan rawatan di Sabah tahun lalu.

Memetik Oh Bulan, Amir berkata sebanyak 12 saka berjaya dikeluarkan daripada tubuhnya dan keadaannya kini lebih tenang.

BACA: Amir Ahnaf Impi Pasangan Lemah Lembut, Sopan Santun

Menurut Amir lagi, sebelum ini gangguan berkenaan memberi kesan kepadanya sehingga membuatkan dirinya benci pada orang lain.

“Dah habis buang tahun lepas sebenarnya. Saya pergi Sabah dan buat rawatan pembersihan di Tawau.

“Saya jadi tak nak jumpa orang, lebih suka menyendiri dan mudah benci orang. Kalau orang buat jahat pada saya, saya akan balas lebih teruk. Sekarang Alhamdulillah, keadaan saya sudah jauh lebih tenang berbanding sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata dia tidak memaksa kepada mana-mana pihak untuk mempercayai kisah dikongsikannya itu kerana niatnya agar orang lain peka tentang perkara berkenaan.

“Saya bersyukur keadaan kesihatan saya semakin baik berbanding dua tahun lalu. Soal orang nak percaya atau tidak, itu bukan tanggungjawab saya.

“Saya hanya berkongsi supaya orang lebih peka tentang perkara ini, itu sahaja niat saya,” katanya.

Terdahulu, dalam satu podcast, Amir berkongsikan dia berdepan gangguan saka sehingga memberi kesan pada ibadah dan hubungan percintaan.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top