Pelakon Amir Ahnaf berkata keutamaannya dalam mencari pasangan hidup mempunyai sifat lemah lembut dan sipan santun.
Menerusi satu video di TikTok, Amir berkata dua sifat itu akan menjadi wanita tersebut mempunyai keperibadian yang baik.
BACA: “Nenek Saya Pun Suka Abang” – Peminat Rayu Amir Ahnaf Jangan Kahwin Dulu
“Baik dan cantik, comel… Amir rasa yang paling penting adalah sifat lemah-lembut, sopan santun. Sebab kalau ada dua sifat ini, dia akan relate dengan sifat kebaikan. Antaranya sifat hormat menghormati dan sifat murni,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata sifat tersebut akan membuatkan individu berkenaan menghormati dirinya, ibu bapa dan kenalannya.
“Bila ada sopan santun dengan lemah-lembut, dia akan boleh hormat saya, akan hormat ibu bapa saya, hormat kawan-kawan yang saya akan bawa jumpa.
“Siapa-siapa jelah. So basically dua ni la. So tunjang utama untuk dua ni, lemah-lembut dan sopan santun adalah baiklah agamanya,” katanya.






