“Amira Isteri Syurga, Selalu Utamakan Suami Dia, Minta Izin”

“Amira Isteri Syurga, Selalu Utamakan Suami Dia, Minta Izin”


Pelakon Fattah Amin menyifatkan isterinya iaitu Amira Othman seorang isteri syurga serta sentiasa mengutamakan dirinya sebagai suami.

Menerusi video dikongsikan pereka fesyen, Fizi Woo, Fattah berkata Amira akan mendahulukan dirinya dalam apa saja perkara serta akan bertanyakan pendapat dan meminta izin daripadanya.

BACA: Fattah & Amira Dipuji Utamakan Solat Walau Sedang Melancong 

“Dia (Amira) selalu utamakan suami dia. Dalam apa pun, dia akan dahulukan saya. Dia akan tanya pendapat saya, tanya izin saya dan ambil tahu apa yang saya suka. Itu buat saya rasa dia istimewa. Dia isteri syurga,” katanya.

Sabtu lalu, majlis resepsi pasangan itu diadakan penuh meriah di Johor Bahru bertemakan tradisional Melayu. Terdahulu, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang.






Source link

OR

Scroll to Top