Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sukar Bernafas

Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sukar Bernafas


Penyanyi Amira Othman terpaksa dibawa ke sebuah pusat perubatan di Selangor semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Memetik mStar Online, pengurusnya Que Hanafi berkata Amira mengalami batuk dan selesema dan semalam tiba-tiba sukar bernafas namun keadaannya dilaporkan stabil hari ini.

BACA: Netizen Tegur Fattah & Amira Jangan Terlalu Tunjuk Kemesraan, Risau Penyakit Ain

“Beberapa hari ini Amira mengalami demam, batuk dan selesam. Tapi semalam dia tiba-tiba mengadu sukar bernafas menyebabkan dia terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Alhamdulillah hari ini keadaanya dilaporkan beransur baik, cuma masih batuk dan selesema saja,” katanya.

Difahamkan, Amira dan Fattah sepatutnya ke Korea hari ini untuk jalani pengambarna namun terpaksa bergerak asing kerana penyanyi itu masih belum pulih sepenuhnya.

“Kalau ikutkan pagi ini Fattah dan Amira akan terbang ke Korea untuk menjalani penggambaran sebuah jenama produk.

“Namun disebabkan Amira dirawat di hospital, hanya Fattah dan pasukannya saja pergi dahulu kerana pihak produksi sudah menunggu kami di sana.

“Insya-Allah jika keadaan Amira okay, kami akan bertolak ke Korea esok dan berada di sana selama seminggu untuk menjalani penggambaran,” katanya.

Semalam, Fattah memuat naik gambar katil di hospital serta meminta orang ramai mendoakan buat isteri syurganya namun tidak memberitahu lebih lanjut.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top