Amira Othman Jadi Sasaran Komen Negatif, Fattah Amin Beri Teguran Terbuka – “Janganlah Kutuk-Kutuk”

Amira Othman Jadi Sasaran Komen Negatif, Fattah Amin Beri Teguran Terbuka – “Janganlah Kutuk-Kutuk”

Amira Othman Jadi Sasaran Komen Negatif, Fattah Amin Beri Teguran Terbuka – “Janganlah Kutuk-Kutuk”


Pelakon, Fattah Amin tampil menegur segelintir individu yang didakwa telah mengkritik isteri tercintanya, penyanyi, Amira Othman.

Menerusi sepotong video siaran langsung di media sosial, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, menasihati netizen supaya tidak meninggalkan komen berbentuk hinaan, sebaliknya memilih kata-kata yang baik.

“Nak komen boleh, tapi janganlah kutuk-kutuk. Cakap baik-baik. Kita hidup ni kena cakap yang baik-baik. Cakap itu satu doa. Janganlah buat Mira terbaca ayat yang tak baik itu,” katanya.

Sementara itu, Amira memaklumkan terdapat seorang individu wanita yang sering meninggalkan komen negatif terhadapnya di pelbagai platform media sosial sehingga dia mengingati nama individu tersebut.

Menurut Amira, individu itu didakwa konsisten melemparkan komen bersifat kecaman setiap kali wajahnya muncul di mana-mana portal.

“Dia memang suka kutuk saya dekat semua portal. Sampai saya hafal nama dia, Kak Hamidah Ismail. Ada muka saya, ada dia. Rasa kelakar… kesian juga la makcik tu. Dia tak suka kita, tapi mudah-mudahan dia dapat hidayah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

Artikel Berkaitan: “Kalau Tengok Orang Lain Happy, Kita Patut Tumpang Happy & Bersyukur Sebab…” – Amira Othman

Sumber: Gempak



Source link

OR

Scroll to Top