Pelakon dan penyanyi Amira Othman mengakui serba salah untuk berkongsikan mengenai kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga.
Menerusi sesi siaran langsung, Amira berkata dia memohon doa orang ramai agar mendoakan rumah tangganya bersama Fattah Amin.
BACA: “Fatima Cheeky Girl” – Amira Othman Tak Kekok Layan Anak Tiri
Menurut Amira lagi, dia menjadi saksi keindahan rumah tangga ibu bapanya meskipun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga.
“Kalau saya kongsi lebih-lebih, orang cakap ‘baru kahwin, semua indah’. Saya pun serba salah. Doa je lah kan. Saya menyaksikan mak ayah saya dah berpuluh-puluh tahun, Alhamdulillah masih Allah bagi indah.
“Pahit manis adalah jalan hidup. Kahwin atau tidak. Ini tak dok cakap ‘baru kahwin baru kahwin’. Doa saja lah, mudah-mudahan kekal. Biasalah baru-baru kahwin sweet-sweet. Nanti anak dah ramai, sweet tu mungkin kurang sebab dah kena commit kepada yang lain,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga pasagan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat serta mengabaikan kata-kata negatif netizen.






