Amira Othman Umum Hamil Anak Pertama, Bakal Bersalin Jun Depan

Amira Othman Umum Hamil Anak Pertama, Bakal Bersalin Jun Depan


Pelakon dan penyanyi Amira Othman akhirnya berkongsikan khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Amira memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah 30 minggu dan dijangka bersalin pada Jun depan.

BACA: Amira Othman Umum Tinggalkan Dunia Lakonan, Akui Tiada Bakat

“Alhamdulillah sekarang ini saya mengesahkan diri kini sedang hamil. Sekarang ini usia kandungan saya sudah mencecah 30 minggu. InsyaAllah saya dijangka akan bersalin pada Jun depan,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata dia dan suaminya, Fattah Amin masih tidak tahu mengenai jantina anak sulung mereka.

“Saya pun tak tahu jantina. Saya tak kisah jantina asalkan sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Amira turut meluahkan rasa syukur tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.

Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top