Pelakon Amira Othman umumkan keputusan mengundurkan diri dari dunia lakonan untuk memberi tumpuan pada karier nyanyiannya.
Memetik BH Online, Amira berkata dia kini sudah berhenti dari lakonan serta mengakui tidak memiliki bakat semula jadi dalam bidang berkenaan.
BACA: Amira Othman Teruja Sambut Raya Pertama Dengan Keluarga Fattah Amin
“Sejujurnya, saya memang sudah tidak berlakon lagi. Saya betul-betul berhenti daripada dunia lakonan.
“Saya hanya berlakon untuk produk keluaran UTV kerana kami suami isteri adalah duta Amber dan sebahagian daripada komitmen itu memerlukan kami berlakon,” katanya.
Menjayakan telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul bagi aplikasi UTV, Amira berkata pembabitannya dalam karya tersebut adalah komitmen sebagai duta produk.
“Kebetulan dapat berlakon bersama suami, jadi lebih mudah dan saya anggap sebagai rezeki. Datuk Nana pula sangat fleksibel dalam menyusun jadual kerja dan memahami keadaan saya,” katanya.
Sementara itu, Amira membuat keputusan berkenaan selepas menyedari minat dan jiwanya lebih kepada nyanyian.
“Saya rasa saya tidak pandai berlakon dan tidak mempunyai minat mendalam dalam bidang ini. Kalau komedi ringan mungkin boleh, tetapi watak berat biarlah diberikan kepada mereka yang lebih berbakat,” katanya.
Sumber: BH Online






