Amirul AF4 meninggal dunia, tinggalkan isteri sedang sarat hamil trimester ketiga

Amirul AF4 meninggal dunia, tinggalkan isteri sedang sarat hamil trimester ketiga


Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, disahkan meninggal dunia pada hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut laporan Berita Harian, berita duka itu dimaklumkan oleh rakannya, Dr Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy.

Amirul AF4 meninggal dunia

Amirul AF4 meninggal dunia

Kata Diddy, beliau sudah lama tidak berhubung dengan arwah namun, mengetahui berita pemergian Amirul daripada sepupu kepada isteri Allahyarham, pagi tadi.

“Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.
“Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan jam 2 petang,” katanya.

Artikel lain: Kieda Crepe umum hamil anak ketiga – “Allah hadirkan zuriat saat aku reda semuanya”

Apa yang lebih menyedihkan, arwah meninggalkan isteri yang kini sarat hamil di trimester ketiga, selepas dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)





Source link

OR

Scroll to Top