Amisha sedia kejutkan petinju Brazil

Amisha sedia kejutkan petinju Brazil


ATLET Muay Thai wanita negara, Nur Amisha Azril Rizal bertekad memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila berdepan petinju Brazil, Milena Calazans dalam kejohanan RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah di Stadium Titiwangsa, Selasa ini.

Mengakui ini kali pertama bertemu lawan dari Brazil, atlet kelahiran Perak itu berkata, pertemuan tersebut cukup mencabar kerana lawannya memiliki nama besar selain terkenal dengan gaya agresif.

“Saya sudah mengkaji kelebihan dan kelemahannya. Saya yakin perlawanan kali ini akan menjadi sangat menarik untuk penonton yang hadir,” katanya.

Tambah Amisha, beraksi di laman sendiri memberi kelebihan tersendiri kerana sokongan keluarga serta rakan-rakan yang bakal turun ke stadium.

RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah 2025.

Vibe bertanding di tanah air memberi semangat tambahan. Baru-baru ini saya menang di Stadium Tinju Bangla, jadi momentum itu saya mahu teruskan.

“Kali ini saya mahu tampilkan teknik dan kemahiran baharu sebagai kejutan,” ujarnya.

Amisha yang pernah berdepan petarung dari Türkiye, Vietnam, Thailand dan Rusia, menganggap pertemuan menentang Calazans sebagai persiapan terbaik menuju temasya Sukan SEA tahun ini.

Homework sudah siap, sekarang tinggal touch up apa yang kurang. Dari segi saiz, saya ada sedikit kelebihan kerana turun berat untuk kategori ini.

“Apa pun, dia lawan yang agresif, dan saya sudah buat persediaan tambahan,” katanya yang menjadikan jaguh Thailand, Superlek, serta jurulatihnya di Malaysia sebagai sumber inspirasi.



Source link

OR

Scroll to Top