AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO

AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO


KUANTAN –  Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan dakwaan wujudnya masalah dalaman antara sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan pemuda UMNO.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.

“Tidak ada masalah… itu perkara biasa,” katanya kepada media selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan AMK dan Pemuda UMNO berbalas kenyataan selepas Pilhan Raya Kecil Sungai Bakap pada 6 Julai lepas. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top