Ammar Ahyan Pelik Asyik Dihon, Shahida Puji Anak Bawa Porsche Ikut Had Laju 60km/j

Ammar Ahyan Pelik Asyik Dihon, Shahida Puji Anak Bawa Porsche Ikut Had Laju 60km/j


Usahawan Datin Seri Shahida berkongsikan kisah lucu mengenai anak sulungnya, Ammar Ahyan yang sering dihon pemandu lain ketika di jalan raya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida berkata Ammar memberitahu dia pelik sering dihon sedangkan dia sudah mematuhi had laju ditetapkan.

BACA: Aliff Syukri Hadiahkan Ammar Jam Rolex Bertatahkan Berlian

“Orang asyik hon Ammar je, sampai tak faham kenapa pemandu-pemandu suka hon Ammar? Sedangkan Ammar tengok dekat papan tanda tulis 60 km/j, jadi Ammar bawalah 60 tapi orang asyik hon je,” kongsi Shahida.

Shahida bagaimanapun berkata kemungkinan pemandu-pemandu lain mempunyai urusan penting atau tergesa-gesa mahu tiba ke destinasi sehingga membunyikan hon.

Bagaimanapun, Shahida berkata dia lega melihat anaknya membandu kereta pada kelajuan yang terkawal.

“Saya beritahu dia, pagi-pagi orang kelam kabut nak pergi kerja jadi mereka tak ikut dah had laju yang ada kat papan tanda.

“Tapi saya nasihatkan untuk dia terus memandu 60 km/j, saya suka dia bawa kelajuan itu bila naik Porsche. Bukan apa, sebab risaukan keselamatan anak,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top