Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berkata dia percaya bapanya boleh menjadi seorang menteri.
Memetik mStar Online, Ammar berkata bapanya mempunyai pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan boleh membantu dalam pengurusan kerja untuk lebih efisien.
BACA: Ammar Ahyan Pelik Asyik Dihon, Shahida Puji Anak Bawa Porsche Ikut Had Laju 60km/j
Tambar Ammar lagi, bapanya seorang yang tidak suka membazir sekaligus membantu untuk mengelakkan pembaziran wang negara.
“Ayah saya boleh jadi menteri. Pertama sekali, dia dah biasa dengan persekitaran syarikat swasta, jadi mungkin akan bantu pengurusan kerja kerajaan lebih efisien.
“Dengan pengalaman yang dia ada, mungkin akan bantu kerajaan lebih maju dan dia juga ada ciri-ciri kepimpinan sebab dia tak suka membazir, akan elak pembaziran wang kerajaan.
“Saya bukan akan undi dia sebab saya ni anak dia, tapi saya akan undi sebab tahu dia ketua yang sangat bagus,” katanya.
Hadir di Konvensyen 80 Tahun Umno pada Sabtu lalu, Ammar berkata dia mahu melihat sendiri bagaimana pemimpin menjaga negara serta rancangan untuk golongan muda.
Sumber: mStar Online






