Amnesty desak FIFA, UEFA gantung Persatuan Bola Sepak Israel

Amnesty desak FIFA, UEFA gantung Persatuan Bola Sepak Israel


Amnesty International mengutus surat kepada FIFA dan UEFA supaya menggantung penyertaan Persatuan Bola Sepak Israel. Foto AFP

AMNESTY International pada Rabu mengutus surat kepada FIFA dan UEFA supaya menggantung penyertaan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) daripada kejohanan sehingga badan itu mengecualikan kelab yang berpangkalan di penempatan haram di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) daripada terus bermain dalam liga bola sepak Israel.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard berkata, ketika pasukan bola sepak kebangsaan Israel bersiap menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Norway dan Itali, Israel pada masa sama terus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Lebih 800 atlet, pemain dan pegawai sukan adalah antara lebih 65,000 orang yang dibunuh oleh pasukan Israel dalam kempen yang disengajakan bagi memusnahkan secara menyeluruh, mengusir secara paksa, dan menjerumuskan orang awam ke dalam kebuluran,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Israel sedang memperluas penempatan haram dan mengiktiraf pos haram di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada pendudukan tidak sah di Wilayah Palestin, sambil menambah bahawa adalah memalukan IFA masih membenarkan kelab dari penempatan ini terus beraksi dalam liganya, walaupun telah diberi amaran berulang kali selama lebih sedekad.

Sekurang-kurangnya enam kelab berpangkalan di penempatan di OPT kini bermain dalam liga Israel, sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa dan juga peraturan FIFA.

Perkara 64.2 dalam peraturan FIFA menyatakan bahawa “Persatuan ahli dan kelab mereka tidak boleh bermain di wilayah persatuan ahli lain tanpa kelulusan persatuan berkenaan.” – Bernama-WAFA

 

 

Ringkasan AI

  • AMNESTY International mengutus surat kepada FIFA dan UEFA supaya gantung IFA kerana kelab di penempatan haram OPT bermain di liga Israel
  • Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard, melaporkan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin
  • Lebih 800 atlet, pemain dan pegawai sukan dibunuh oleh pasukan Israel
  • IFA masih membenarkan enam kelab dari penempatan haram OPT bermain dalam liga Israel, melanggar undang-undang antarabangsa
  • Peraturan FIFA menyatakan persatuan dan kelab tidak boleh bermain di wilayah persatuan lain tanpa kelulusan



Source link

OR

Scroll to Top