Amorim dipecat sebelum Krismas?

Amorim dipecat sebelum Krismas?


Amorim masih mencari formula sesuai untuk memacu kejayaan United. FOTO: Agensi

‘OTAI’ Liga Perdana Inggeris (EPL), Jamie Carragher meramalkan pengurus Manchester United, Ruben Amorim akan dipecat sebelum Krismas, sambil menyifatkan tempoh pengedali dari Portugal itu di Old Trafford sebagai satu malapetaka.

Bekas pertahanan Liverpool itu berkata, Amorim kini berada pada tahap di mana jawatannya tidak lagi dapat dipertahankan, meskipun kemenangan 2-0 ke atas Sunderland baru-baru ini sedikit meredakan tekanan.

“Saya tidak suka menyeru supaya pengurus dipecat tetapi saya rasa sudah tiba masanya. Ia tidak dapat dielakkan.

“Statistiknya amat lemah di mana selepas 50 perlawanan, United hanya menjaringkan dua gol lebih banyak daripada yang dibolosi,” katanya.

Carragher turut mendakwa pihak pengurusan United masih belum bertindak kerana enggan mengakui kesilapan melantik Amorim, namun yakin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat.

Ringkasan AI

  • ‘OTAI’ Liga Perdana Inggeris, Jamie Carragher meramalkan pengurus Manchester United, Ruben Amorim akan dipecat sebelum Krismas
  • Carragher menyifatkan tempoh pengedali Amorim di Old Trafford sebagai satu malapetaka
  • Amorim berada di tahap di mana jawatannya tidak lagi dapat dipertahankan walaupun kemenangan 2-0 ke atas Sunderland meredakan tekanan
  • Statistik Amorim lemah dengan United menjaringkan hanya dua gol lebih banyak daripada yang dibolosi selepas 50 perlawanan
  • Pengurusan United enggan mengakui kesilapan melantik Amorim namun Carragher yakin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat



Source link

OR

Scroll to Top