PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim menegaskan tidak pernah bimbang mengenai kedudukannya biarpun tekanan terhadapnya semakin memuncak selepas kekalahan 1-3 di tangan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech.
Harapan yang kembali menyala selepas kemenangan ke atas Chelsea minggu lalu padam sekelip mata apabila The Red Devils sekali lagi gagal mengekalkan momentum di laman The Bees.
Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Amorim terus kekal di kelompok bawahan liga dengan kutipan 34 mata daripada 33 perlawanan tanpa sebarang kemenangan berturut-turut sejak pengendali dari Portugal itu mengambil alih.
“Saya tidak pernah gusar tentang pekerjaan saya di sini.
“Sejujurnya saya bukan orang sebegitu. Ia bukan keputusan saya. Saya hanya akan lakukan yang terbaik selagi berada di sini,” kata Amorim.
Namun, nada keyakinan Amorim gagal meredakan persoalan mengenai masa depannya di Old Trafford.
Pihak pengurusan United sebelum ini berulang kali menyatakan sokongan terhadap bekas pengendali Sporting Lisbon itu, tetapi prestasi tidak konsisten terus menimbulkan tanda tanya.
United selepas ini akan berdepan Sunderland dalam aksi liga di Stadium Old Trafford pada 4 Oktober sebelum bertandang ke Stadium Anfield menentang Liverpool pada 19 Oktober.
Dengan tiada perlawanan pertengahan minggu untuk mengalih tumpuan, perhatian bakal terus terarah kepada Amorim sama ada beliau mampu mengubah nasib United atau sekadar menunggu masa meninggalkan Old Trafford.
LIGA PERDANA INGGERIS
KEPUTUSAN
Brentford 3-1 Manchester United
Leeds United 2-2 Bournemouth
Chelsea 1-3 Brighton
Manchester City 5-1 Burnley
Crystal Palace 2-1 Liverpool
Nottingham Forest 0-1 Sunderland
Tottenham Hotspur 1-1 Wolverhampton
Ringkasan AI
- Ruben Amorim, pengendali Manchester United, tidak bimbang tentang kedudukannya meskipun tekanan meningkat setelah kalah 1-3 kepada Brentford
- Kekalahan terhadap Brentford menyebabkan MU kekal di kelompok bawahan liga dengan 34 mata dari 33 perlawanan
- Amorim mengakui dia akan melakukan yang terbaik selagi berada di MU tanpa gusar tentang masa depannya
- Pengurusan MU berulang kali menyatakan sokongan kepada Amorim walaupun prestasi pasukan tidak konsisten
- MU akan menghadapi Sunderland dan Liverpool dalam perlawanan liga seterusnya, menambah fokus kepada kemampuan Amorim memperbaiki kedudukan pasukan