Pelakon terkenal, Amyra Rosli menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakannya sepanjang menjalani pembedahan akibat komplikasi apendiks.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amyra meluahkan rasa syukur kerana pembedahan tersebut berjalan lancar dan kini sedang menjalani fasa pemulihan.
Selamat jalani pembedahan

“Terima kasih kepada semua atas doa, mesej, dan kunjungan yang diberikan. Alhamdulillah, pembedahan apendiks berjalan dengan lancar dan saya kini sedang dalam fasa pemulihan,” tulis Amyra
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga menitipkan ucapan penghargaan kepada suaminya, Amar Baharin, atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sejak mula hingga selesai pembedahan.
Menurut Amyra, suaminya turut menyaksikan kesakitan yang ditanggung olehnya sebelum pembedahan dijalankan.

“Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, sayang. Awak melihat sendiri betapa sakitnya saya sebelum pembedahan. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Amyra turut merakamkan penghargaan buat ibu, ayah, dan adik-beradiknya atas bantuan menjaga anak-anak dan urusan lain sepanjang beliau berada di hospital.

“Terima kasih kepada mama, ayah, dan adik-beradik kerana menjaga anak-anak serta membantu pelbagai urusan semasa kakak berada di hospital dan sehingga kini. Semoga Allah membalas kebaikan semua,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Kongsi rezeki! Amyra Rosli hadiahkan ibu bapa kereta baharu sempena anniversary
Menerusi gambar dikongsikan dalam Instagramnya, Amyra difahamkan masih ditempatkan di hospital bagi pemantauan.
Sumber: Instagram aamyrarosli






