Pelakon Amyza Aznan sebak apabila mengenangkan persiapan Aidilfitri tahun ini yang dilakukan lebih awal daripada biasa demi anak tersayang Allahyarham Mikhail Andre.
Memetik mStar Online, Amyza berkata mereka sekeluarga tidak pernah membuat persiapan baju raya terlalu awal kerana biasanya dilakukan pada saat akhir.
BACA: Alha Alfa Serah RM20,000 Bantu Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan
“Sepanjang hayat dia, tak pernah lagi kami beli baju raya awal. Selalunya lagi dua atau tiga hari nak raya baru beli, memang ‘last minute’,” katanya.
Bagaimanapun, tahun ini mereka membuat persiapan awal berikutan keadaan kesihatan Allahyarham Andre Mikhail yang tidak mengizinkan tahun lalu.
“Jadi tahun ini kami lakukan persediaan awal sebab tahun lepas dia tak sihat. Dia cakap dia nak baju Melayu warna kuning. Semua dah siap, warna raya kedua ‘rich brown’ dan raya ketiga hitam. Kami beli seminggu sebelum puasa,” katanya.
Menurut Amyza lagi, arwah anaknya sempat mengenakan baju Melayu berwarna kuning seperti yang diimpikannya, namun tidak berpeluang mencuba pakaian lain kerana keadaannya tidak berdaya.
Sementara itu, Amyza berkata baju-baju raya tersebut masih tersimpan rapi dan dia belum bersedia untuk melihatnya semula.
“Arwah sempat sarung ke badan dia baju warna kuning. Yang lain-lain tak sempatlah sebab dia dah tak larat. Tapi dia tengok adik-adik dia yang lain pakai.
“Sekarang baju raya itu tak tahu nak buat macam mana. Nak keluarkan dari beg pun tak sanggup. Tak tahu nak pakai ke tidak, masih tak tahu,”katanya.
Sumber: mStar Online






