Anak ‘Amanah’ Allah, Jihan Muse Hijabi Inspirasi, Tak Kisah ‘Korbankan’ Kerjaya Demi Keluarga! – Hijabista

Anak ‘Amanah’ Allah, Jihan Muse Hijabi Inspirasi, Tak Kisah ‘Korbankan’ Kerjaya Demi Keluarga! – Hijabista

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran.

Jom kita lihat cara terbaik bagaimana untuk mengurangkan dan menghalang masalah ini daripada terus menghantui anda.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat
model tidak berhijab

Please! Kalau dah tau rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Kalau nak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.

Cara sikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Boleh juga rawat rambut kembali lebat dengan tonik yang dicadangkan:

1. Naturals by WATSONS Aloe Vera Hair & Scalp Tonic

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Tonic ini mengandungi Aloe Vera dan diformulasikan dari Salicylic Acid yang dapat menghalang kelemumur serta mengawal penghasilan sebum untuk kulit kepala yang kering dan berminyak. Produk tonik rambut ini bebas paraben dan pewarna tiruan serta mengandungi bahan yang tidak membahayakan kulit kepala anda. Gunakan tonik rambut ini selepas membasuh rambut dengan syampu dan conditioner untuk membuatkan rambut anda lebih bermaya.

2. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Tonic

 Rambut gugur akan menyebabkan kepala menjadi botak.  Diuji secara saintifik, tonik rambut dari Dove ini mampu untuk mengurangkan masalah rambut gugur dalam tempoh 2 minggu sahaja. Diperkaya dengan bahan aktif trichazole, ginseng dan protein soya, tonik ini akan menguatkan akar rambut supaya anda tampil dengan rambut yang lebih bersinar dan bermaya. Spray sahaja tonik rambut, anda sudah bersedia untuk keluar bersantai!

3. Hao Hair Tonic

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Ekstrak kandungan tonik rambut ini mampu untuk menguatkan akar umbi rambut, meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat serta kekal bersinar. Usah ragu untuk menggunakannya kerana tonik ini mendapat sijil pengiktirafan Halal dari Jakim. Tonik rambut dari Hao ini dirumus daripada bahan herba traditional seperti Thuja Occidentalis (white cedar), Angelica Sinensis (sejenis ginseng), Tuber fleeceflower dan White Mulberry untuk merawat rambut gugur, menyuburkan serta menghalang rambut beruban.

4. Mensive Hair Tonic

 Tonik ini dirumus khas dengan bahan semulajadi untuk membantu anda mengurangkan masalah keguguran rambut dan mempercepatkan proses pertumbuhannya.

Diekstrak daripada ginseng, apple stemcell, minyak kelapa dara, minyak buah pala dan minyak avocado, ia mampu untuk menyelesaikan masalah rambut dalam hanya 2 minggu sahaja. Tonik rambut ini menyerap sehingga ke akar rambut bagi merawat punca botak serta menghitam dan melebatkan rambut.

5. Tonik Rambut ANA EDAR

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Tonik ini berbau wangian ekstrak minyak zaitun dan juga sesuai untuk digunakan pada bayi dan anak kecil kerana teksturnya yang tidak melekit, terbaik untuk anda yang memakai tudung. Diformulasikan khas daripada minyak zaitun, tonik ini dapat melebatkan rambut serta menyihatkan kulit kepala supaya bebas daripada kelemumur yang akan menyebabkan kegatalan. Ianya juga dapat mengekalkan kehitaman rambut anda serta mengelakkan keguguran yang banyak.

6. SARIAYU Tonik Rambut Mayang Sari

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali Lebat

Mengandungi Allantoin, Chilly Tinktur, daun Urang Aring dan Aloe Vera, ia mampu untuk menyuburkan rambut anda yang keguguran dan menguatkan semula akar umbi rambut. Tonik rambut ini juga memberikan nutrisi kepada kulit kepala anda agar rambut sentiasa kekal bermaya dan bersinar sepanjang masa.

7. Schwarzkopf Seborin Anti-Dandruff Tonic

Rambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatRambut Semakin Berkurang! Rawat Dengan Petua & Tonic Hebat Untuk Rambut Kembali LebatJenama Schwarzkopf sangat terkenal dalam kalangan pendandan rambut professional. Tonik rambut ini mampu untuk menyuburkan semula rambut dari akar umbi yang rosak dan diformula khas dari Pro-Vitamin B5. Kandungan ekstrak akar ginseng pula dapat membersihkan kulit kepala daripada kelemumur.

BACA ARTIKEL INI: Rambut gugur dan hampir botak, cuba cara ini supaya rambut tumbuh semula

Semoga bermanfaat, selamat beramal!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top