“Anak-Anak Tak Pernah Bersalaman Dengan Ayah Pagi Raya, Tak Pernah Dapat Ucapan Hari Jadi”

“Anak-Anak Tak Pernah Bersalaman Dengan Ayah Pagi Raya, Tak Pernah Dapat Ucapan Hari Jadi”


Pelakon dan pengacara Raja Azura mendedahkan anak-anaknya tidak pernah bertemu dengan bapa mereka, Adzmin Osman sejak 13 tahun lalu.

Memetik HibGlam, Raja Azura berkata bekas suaminya juga tidak pernah menjalankan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka serta termasuk menculas nafkah.

BACA: Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai

“Kali terakhir dia jumpa anak kami yang bongsu ketika umur 12 tahun iaitu pada 2012 kemudian tidak lagi bertemu.

“Anak saya juga tak pernah bersalaman dengan ayah mereka pada hari raya Aidilfitri dan tidak pernah menerima ucapan setiap kali tiba hari jadi,” katanya.

Menurut Raja Azura lagi, dia tidak pernah menghasut anak-anak untuk membenci bapa mereka sebaliknya meminta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat memberikan nafkah.

“Saya memang didik anak saya menghormati ayah mereka dan tidak pernah menghalang atau meracuni fikiran dengan memburuk-burukkan Adzmin.

“Malah, saya selalu minta anak-anak doakan supaya ayah mereka kaya-raya dan bahagia supaya dapat bagi nafkah,” katanya.

Terdahulu, Raja Azura memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.

Raja Azura berkata bekas suaminya didakwa culas membayar nafkah mengikut perintah mahkamah sejak 15 tahun lalu dan mahu mendapatkan hak anak-anak.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top