Anak Berkawan Dengan Gadis Singapura, Abby Abadi Ingatkan Isu Nafkah

Anak Berkawan Dengan Gadis Singapura, Abby Abadi Ingatkan Isu Nafkah

Anak Berkawan Dengan Gadis Singapura, Abby Abadi Ingatkan Isu Nafkah


Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkata dia masih trauma dibayangi isu nafkah sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata dia mengingatkan anak sulungnya, Danish Hakim yang kini sedang ‘berkawan’ dengan gadis Singapura untuk berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

BACA: Abby Abadi Setuju Nasihat Bapa Amira, Jangan Pisah Tempat Tidur Jika Bergaduh

Menurut Abby, undang-undang di Singapura lebih ketat dalam pembayaran nafkah selepas bercerai.

“Kelmarin entah mcmana termimpi pasal isu nafkah.. Dipendekkan cerita, pagi-pagi jumpa Danish, terus ingatkan dia yang sedang ‘berkawan’ dengan orang Singapura sekarang supaya berfikir panjang sikit kalau nak kahwin.

“Sebab kalau ada isu, nahas! Malaysia tak bayar nafkah boleh bersenang lenang lagi.. Singapura kalau bercerai, abaikan nafkah.. silap langkah masuk penjara ye,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby berkata dia takut memikirkan mengenai masa depan anak-anak apatah lagi ada yang sudah mendirikan rumah tangga dan bakal berkahwin kelak.

“Lahh! Mamanya pun anxiety teruk sangat ni! Jauh sangat fikirannya  terbangg!! Ini bukan contoh ya. Ini fikirkan masa depan… Trauma,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top