Anak Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah, Ibu Raja Azura Hilang Sabar! – “Aku Berdamping Dengan Dia, Siang Malam Cari Duit”

Anak Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah, Ibu Raja Azura Hilang Sabar! – “Aku Berdamping Dengan Dia, Siang Malam Cari Duit”

Anak Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah, Ibu Raja Azura Hilang Sabar! – “Aku Berdamping Dengan Dia, Siang Malam Cari Duit”


“Saya yang berdamping dengan dia, siang malam cari duit”

Demikian respons ibu kepada pelakon dan pengacara, Raja Azura yang secara terbuka meninggalkan pesanan pedas kepada netizen susulan nama anaknya itu teruk menerima kritikan netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, ibu Raja Azura membidas komen seorang individu yang dianggap keterlaluan kerana mendakwa anaknya itu terdesak apabila menuntut nafkah ketiga-tiga anaknya daripada bekas suaminya.

“Selama belasan tahun dia (bekas menantu) tinggalkan anak-anak mereka ketika masih di sekolah rendah sampai masuk Universiti.

“Ini mak dia, bukan mak mertua, bukan mak tiri. Ini mak yang sentiasa berdamping dengan anak daripada dia berlaki sampai dah berpisah, naik turun mahkamah pun aku yang ada,” katanya.

Dalam masa sama, ibu Raja Azura turut mengakui terkesan terhadap komen individu tersebut yang mendakwa anaknya itu terdesak mencari duit sehingga menuntut nafkah meskipun sudah 15 tahun berlalu.

“Hilang sabar saya sebagai seorang ibu. Aku yang sentiasa berdamping dengan anak aku, aku tahu macam mana dia cari duit. Siang malam mencari duit sampai anak-anak sampai habis belajar.

“Tak ada makna terdesak, kalau betul terdesak, anak aku dah lama minta bantuan kerjaan,” katanya.

@raja.azura

sekian sepatah dua kata daripada permaisuri 2025 #fyp #foryoupage #trending #2025 #fypシ゚

♬ original sound – Raja.azura – Raja.azura

Sebelum ini, Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin memfailkan tuntutan nafkah yang tertunggak sejak 15 tahun lalu terhadap bekas suaminya, Adzmin Osman.

Imbas kembali, Raja Azura dan Adzmin berkahwin pada 2001 namun sah bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Haqim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.





Source link

OR

Scroll to Top