Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish menjadi perhatian ramai apabila lancar membaca surah Ad-Dhuha di usia enam tahun.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok Kinder Hive, Hayder memperkenalkan dirinya sebelum memulakan bacaan.
BACA: Eyra Hazali Ajar Anak Tutup Mata Masuk Tandas Wanita, Elak Pengguna Rasa Tak Selesa
“Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish Bin Muhammad Haziq. Saya di sekolah KinderHive. Saya baca surah Ad-Dhuha,” katanya.
Sementara itu, pihak sekolah berharap usaja kecil dilakukan Hayder dapat melahirkan generasi yang mencintai al-Quran.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Hayder membaca ayat suci al-Quran serta mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi anak yang soleh.






